Logo kelab dan warna Manchester_City_F.C.

Warna tuan rumah Manchester City adalah biru langit dan putih. Warna tradisi tempat lawan adalah maroon atau (bermula tahun 1960an) merah dan hitam; walau bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa warna berlainan telah digunakan. Asal-usul warna tuan rumah kelab ini tidak jelas tetapi terdapat bukti bahawa kelab ini telah memakai warna biru sejak tahun 1892 atau lebih awal. Sebuah buku kecil bertajuk Famous Football Clubs – Manchester City diterbitkan pada tahun 1940an menunjukkan bahawa West Gorton (St. Marks) pada asalnya bermain memakai warna merah dan hitam, dan laporan bertarikh dari tahun 1884 mengambarkan pasukan ini memakai jersi hitam dengan lambang salib berwarna putih, menunjukkan asal usul kelab ini sebagai pasukan gereja.[5] Warna tempat lawan merah dan hitam datang daripada bekas pembantu pengurus, Malcolm Allison, yang percaya bahawa menggunakan warna A.C. Milan akan memberi inspirasi kepada City untuk mencapai kejayaan.[6] Teori Allison berjaya dengan City memenangi perlawanan akhir Piala FA 1969, perlawanan akhir Piala Liga 1970 dan perlawanan akhir Piala Pemenang Piala Eropah 1970 dengan memakai belang merah dan hitam bertentangan dengan warna tuan rumah kelab berwarna biru langit.

Logo semasa kelab ini telah diguna pakai sejak tahun 1997 selepas logo sebelum ini tidak memenuhi syarat untuk didaftarkan sebagai tanda dagangan. Logo ini adalah berdasarkan jata bandar Manchester dan terdiri daripada perisai di hadapan seekor helang emas. Helang ini adalah simbol lambang lama kota Manchester, seekor helang emas telah ditambah kepada logo City pada tahun 1958 (tetapi sejak itu telah dibuang), mewakili industri penerbangan yang semakin berkembang. Perisai ini mempunyai kapal di separuh atasnya mewakili Manchester Ship Canal, dan tiga jalur pepenjuru di bahagian bawah melambangkan tiga sungai di bandar ini - Irwell, Irk dan Medlock. Di bahagian bawah logo ini mempunyai motto Superbia in Proelio yang bermaksud Pride in Battle dalam Latin. Di atas helang dan perisai adalah tiga bintang, untuk hiasan semata-mata.

City sebelum ini telah menggunakan dua logo berlainan pada jersi mereka. Yang pertama, diperkenalkan pada tahun 1970, adalah berdasarkan reka bentuk yang telah digunakan pada dokumentasi rasmi kelab sejak pertengahan tahun 1960-an. Ia terdiri daripada logo bulat yang menggunakan perisai yang sama seperti logo semasa, di dalam bulatan mengandungi nama kelab. Pada tahun 1972, ini telah digantikan dengan variasi yang menggantikan bahagian bawah perisai dengan warna ros merah Lancashire. Ketika Manchester City bermain dalam perlawanan akhir piala, logo seperti biasa tidak digunakan; sebaliknya jersi memaparkan logo kota Manchester digunakan, sebagai simbol kebanggaan mewakili kota Manchester dalam acara besar.